Thursday, April 12, 2012

Belajar dari Binatang

ALLAH memang tidak menjadikan sesuatu tanpa sebab.

Hari ini aku belajar satu benda... Sebenarnya bukan hari pertama kali aku dengar benda ni.. Tapi hari ni bar aku diperingatkan kembali dan terdetik untuk tulis di sini.. Sekadar perkongsian jika ada yang baca, dan untuk peringatan aku kembali bila aku baca balik..

Ok, bendanya mudah je.. Bila kita bersenam exercise, badan kita akan menjadi panas. Oleh sebab itu, kita bernafas dengan laju dan berpeluh. Itu adalah cara untuk menghilangkan panas. Panas yang terlalu tinggi akan merosakkan sel-sel neuron kita.. Tapi, aku bukan hendak membincangkan mengenai manusia, tetapi binatang..

Cuba bayangkan seekor singa yang kelaparan sedang memerhati sekumpulan rusa di sebalik semak samun.. Apabila si singa sudah mengenal pasti sasaran, dia akan berlari selaju yang mungkin untuk mengejar dan menerkam mangsanya. Teka teki, apa yang singa itu buat setelah melumpuhkan mangsa???

Singa tersebut tidak akan terus memakan mangsanya. Singa akan duduk sebentar.. Namun, duduk singa bukan duduk saja-saja.. Dia duduk dan bernafas dengan laju sambil menjelirkan lidah.. Kenapa??
Kerana ketika berlari, singa sudah menggunakan tenagaya.. (80% dari jumlah tenaga akan berubah kepada tenaga haba).. Oleh itu singa tersebut kepanasan... Singa tidak seperti kita yang mempunyai kelenjar peluh, tapi lidah singa adalah pengalir haba yang baik.. Singa melepaskan habanya melalui penafasan dan lidahnya..

Singa hanya boleh berlari seketika sahaja, kerana jika lebih dari itu, dia boleh mati kerana kepanasan.. Tetapi singa perlu berlari dengan cepat dan pantas untuk mendapatkan makanan.. Jika tidak sudah tentu dia juga akan mati.. Lihatlah keputusan dan risiko yang diambil oleh singa ini.. Inilah pengajaran yang patut kita ambil..
Singa sanggup merisikokan dirinya dan berusaha untuk mendapatkan makanan..

Risiko disini dapat kita kaitkan dengan kehidupan belajar kita sekarang... Usaha dan cabaran dalam menuntut pelajaran ini harus ditempuhi dengan sungguh-sungguh.. Biarlah kurang masa untuk berhibur, biarlah kurang masa untuk tidur petang (berkata untuk diri sendiri juga), tapi berkat usaha itu, kita akan mendapat kejayaan (dengan izin Allah) seperti singa kelaparan yang mendapat makanan...

No comments:

Post a Comment