Friday, April 13, 2012

Dekat Tetapi Jauh

Hari ni selesai la pembentangan Titas.. Tema, perkahwinan.. Jadi tetiba rasa nak tulis sesuatu mengenai perhubungan antara lelaki dan perempuan ajnabi (belum berkahwin)..

Seperti yang tertakluk, ber"couple" itu HARAM.. Jadi aku tak buat la... Aku just scan lelaki yang ada disekeliling aku dan ambil yang baik, buang yang buruk.. Lalu aku berdoa kepada Allah, supaya aku dijodohkan dengan lelaki yang bersifat demikian-demikian (mestilah semuanya sifat-sifat yang baik).. Moga doa aku doperkenankan oleh Allah.. Sebab aku bukanlah wanita yang baik.. Aku banyak sangat buat dosa.. Jadi aku harap pasangan aku nanti akan menjadi pelengkap apa yang aku kekurangan, akan menegur apa kesalahan dan kesilapan aku serta menjadi ayah yang baik kepada zuriat-zuriat kami jika diberikan rezeki..

Oleh kerana "couple" haram, Allah tak melarang kita berdoa untuk jodoh kita..Kadang-kadang kita suka pada seseorang, kita sangat dekat dengan dia, sebab dia budak kelas kita, satu kuliah dengan kita, satu fakulti dengan kita.. Selalu kita terserempak dengan dia.. Tapi dia sebenarnya jauh je dari kita.. Dia tak kenal kita pun, dia tak tahu pun nama kita.. Jika kita dah suka sangat dekat dia, kita berdoalah kepada Allah, supaya beri petunjuk sekiranya itulah jodoh kita, jangan la berdoa yang kita nak juga dia sebab mungkin Allah akan memperkenankan dalam keadaan murka. Bila Allah murka, kita tidak akan bahagia..Oleh sebab itu, kita kena berserah kepada Allah dalam soal ini..

Tetapi, bersediakah kita?? Kita pun perlu bersedia juga sebelum melangkah ke fasa perkahwinan..Ada sekali kakak ni cakap kepada kami ketika berusrah.. Kita ni, sebelum kahwin, kena fikir dulu beberapa perkara.
1. Kita nak jadi isteri yang bagaimana setelah berkahwin.
2. Kita nak jadi isteri yang bagaimana jika kita bermadu atau dimadukan.
3. Kita nak jadi anak menantu yang bagaimana kepada mertua kita.
4. Kita nak jadi ibu yang bgaimana

Fikir-fikirkanlah.....(Pesanan kepada diriku sendiri)

No comments:

Post a Comment