Orang selalu cakap,kalau kita sayang seseorang itu, jangan terlalu sayang, takut dia akan jadi seorang yang kita benci, dan jikalau kita bencikan seseorang, jangan terlalu benci, takut dialah yang menjadi orang kesayangan kita. Namun begitu, sikap benci itu adalah sifat mazmumah yang patut kita elakkan. Rasa benci sesama Islam adalah tidak patut. Kita sebagai umat Islam harus bersatu dan bekerjasama dalam menegakkan kembali Agama kita dan menyinarkan semula sinar Islam yang makin pudar ini.. Of couse la pesanan ini juga ditujukan pada diri sendiri.. Macam ayat esei kan?? Influence nk buat folio ni. Moga dipermudahkan urusan folo tersebut..
Kenapa tetiba aku sebut tajuk sayang yer?? Yang pasti bukan sebab aku dah ada ________... Solo lagi k.. Bercouple selepas kawin adalah salah satu misi aku... Eh, terlupa la.. apa beza misi dan visi erk?? yang mana satu lebih jauh?? Hurm, apa-apa je la kan..
Okey, yang sebenarnya aku sangat terkesan dengan ayat ni... Semalam aku tengok tanyangan cerita "Delisa".. Cerita Indonesia. Snagt menarik cerita tu sebagai salah satu cara untuk muhasabah diri kita balik.. Of couse la ada juga yang kurang kena dalam cerita tu, tapi overall mmg best la.. Hujan betul aku semalam... Sensitiviti semakin meningkat. Semalam, watak tu kata kat mak dia, "aku sayang ibu kerana Allah", dan ibunyapun menangis.. Seriously sebak juga.. sebab bila kita bayangkan ibu kita pada waktu tu.. Rindu la katakan.. Berapa lama tak jumpa.. Then, part yang last-last pon dia ada cakap dekat ayah dia, "saya sayang abi kerana Allah". Ayat ni bukanlah baru bagi aku, sebab kakak usrah aku pon pernah cakap benda yang sama, cuma impaknya baru sekarang dapat dirasai.
"Aku sayang kamu kerana Allah"...Rasa best je bila dengar ayat ni.. Bila kita sayang seseorang itu kerana Allah, kita akan susah untuk membenci seseorang itu.. Bukankah itu indah?? Dan bila kita membenci seseorang itu kerana Allah, bermaksud kita menyerahkan segala urusan pembalasan kepada Allah.. Yang pasti kita hanya boleh membenci seseorang itu kerana Allah hanya apabila dia juga musuh Islam, musuh Allah.. Jika dia bertaubat, akan terus hilang segala benci yang ada pada mulanya dan kita akan sayang dia juga kerana Allah.
Ayat ni juga membuatkan kita mengakui secara separa sedar bahawa kita sayang Allah dahulu sebelum kita sayangkan orang lain. Best buakan... Kalau kita dapat tumpukan 100% kasih sayang kita pada Allah dan juga Rasul Allah. Hati akan sentiasa tenang, sabar dan redha.. Cukup indah perasaan seperti itu..
Kesimpulannya... Mak, kak long sayang mak kerana Allah. Ayah, kak long sayang ayah kerana Allah. Adik-adik, kak long sayang korang kerana Allah. Sanak saudara yang lain, saya sayang anda semua keran Allah. Cikgu-cikgu, pengajar-pengajar saya , saya sayang kalian semua kerana Allah. Shabat-sahabat, aku sayang korang kerana Allah. dan seluruh umat Islam, saya sayang semua kerana Allah......
No comments:
Post a Comment