Terima kasih kepada kawanku yang telah mengajar daku sedikit sebanyak mengenai komputer.. Sekarang, aku sudah boleh mendownload dengan laju walaupun pada waktu malam ( malam biasanya internet akan menjadi seperti kura-kura ).. Tapi, masih dapat kubayangkan kalau aku berada di rumah kakak sedaraku, pasti lebih gembira kerana sesangatlah laju.... Banyak lagi cerita yang mahu ku muat turun.. Namun, kelajuan internet dirumahku menjadi peghalang... Tetiba, aku rasa rindu pada kawan-kawanku.. Semuanya sudah mempunyai jalan hidup masing-masing... Kita berada di suasana belajar yang berbeza.. Masih ingat akan daku ketika kita bersama-sama menimba ilmu di sekolah.. Sekolah menengah telah mengajar kita serba-sedikit kehidupan sebanar... Dahulu, di sekolah, kami ada yang tidak bersefahaman... Kami berpecah.. Bila difikirkan semula, alangkah ruginya kehidupan begitu.. Jika kita bersefahaman, pasti kita menjadi lebih rapat sekarang...
Masa tak dapat diputarkan kembali.... Jika boleh, mahu saja aku putarkan untuk membaiki sifat-sifatku di masa dahulu... Kawan-kawan ketika asasi juga takkan ku lupakan.. Terutamanya kawan sebilikku, dan kawan sekuliahku... Aku bukanlah seoang yang mudah berkawan.. Aku tidak pandai mecari kawan... Terima kasih kepada mereka kerana telah mekukan langkah pertama untk berkawan dengan aku.. Aku sungguh bertuah kerana mendapat kawan-kawan seperti mereka... Kawan-kawan ketika pra-medik sungguh mesra... Walaupun hanya sebulan kita duduk bersama, namun aku nampak keutuhan persahabatan tersebut.. Walaupun kita tak sangka kita semua ada kaitan antara satu sama lain... Kitan persahabatan... Sahabat lama, sahabat kepada sahabat... Sungguh kecil dunia ini....
Minggu hadapan, keputusan upu akan keluar.. Aku tidak tahu kemana arah tujuku nanti... Aku hanya berserah kepada Allah... Biarlah Dia yang menentukan yang terbaik untukku.... Mungkin, ketika keputusan sudah keluar, kita akan dipertemukan semula di universiti yang sama wahai sahabat... Mungkin kita akan berada ditempat yang berbeza.. Namun, tujuan kita tetap sama... Belajar demi mendapat keredhaan Allah, dan berjaya dalamkehidupan di dunia dan di akhirat.... Semoga kita semua berjaya, SAHABAT....
No comments:
Post a Comment