Oleh kerana Bahasa Melayu sudah terpinggir atau dipinggirkan, jadi aku ambil keputusan menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya dalam blog ini.(aku akan cuba sedaya upaya tak munggunakan kata singkatan). Ini untuk melatih diri saya supaya tidak terus melupakan Bahasa Ibunda kita ini. Ibu, dan beberapa orang ibu saudara saya juga seorang guru Bahasa Melayu namun, ketika Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), aku hanya mendapat A- ( mak aku yang ajar, aku banyak main ). Jadi, mungkin Bahasa Melayu aku ini sudah berkarat dan rapuh. Bahasa Melayu sungguh unik, kenapa mahu dipinggirkan. Kenapa Bahasa Inggeris diambil berat? Aku tahu, aku tidak bagus dalam kedua-dua bahasa ini. Sejak kecil lagi aku sudah tidak suka dengan Bahasa Inggeris. Jadi, agak sukar untuk aku menguasai bahasa ini. Kalau aku berangan, aku boleh la bermonolog dalaman dalam bahasa Inggeris. Namun, aku akan kecundang apabila aku perlu bermonolog luaran. Apa perlu aku lakukan?
Kembali kepada tajuk asal. Terpinggir, meminggir, dipinggirkan. Tiga perkataan yang lahr dari kata pokok yang sama (pinggir), namun setelah diberi kata imbuhan (aku mencari di laman sesawang sebab aku lupa apa panggilannya) yang berbeza, akan memberi maksud yang sangat ketara perbezaannya. Inilah indahnya Bahasa Melayu. Aku rasa terpinggir. Aku bagi telah dipinggirkan. Jadi, aku mahu meminggirkan diri. Tiga ayat yang selalu terbayang di kotak pemikiranku. Aku rasa sedih, namun aku tahu, inilah hukuman untuk aku kerana telah melakukan hal yang sama kepada sesiapa sahaja. Kenapa aku mesti lagi bersedih walaupun itu alasan yang telah aku beri kepada diriku sendiri? Kenapa aku masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa aku tidak lagi diperlukan, atau diberi keutamaan? Kenapa aku rasa, aku makin jauh dengan kawan-kawan aku? Memang begitu lumrah manusia bukan? Sentiasa ingin rasa disayangi, diutamakan. Tetapi, diri sendiri langsung tidak pernah menabur bakti. Terima kasih untuk segalanya.
No comments:
Post a Comment