Friday, July 15, 2011

Komputer Ribaku....

Sedihnya dalam hati... Komputer ribaku ada virus... Baru sahaja dimasuki virus dari internet.. Mungkin kerana saya memuat turun dari laman sesawang yang tidak pernah saya gunakan sebelum ini... Saya baru sahaja bergembira kerana telah jumpa laman sesawang yang membolehkan saya memuat turun cerita-cerita melayu.. Bukan mudah mencari cerita melayu... Namun, disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari... Jika hujannya renyai-renyai tidak mengapa.. Tetapi, ribut taufan yang berlaku.. Anti virus komputerku telah diserang, tidak dapat membuang virus yang ada... Puncanya saya sendiri.. Saya tersalah tekan mungkin... Apakan daya.. Saya hanya mampu berpasrah atas apa yang berlaku.. Mungkin ada hikmahnya... Salah satu hikmahnya, saya akan lebih berhati-hati...Moga komputerku akan selamat...

No comments:

Post a Comment