Friday, July 22, 2011

Nekad Yang Sudah Rapuh...

Nekad yang sudah rapuh... Itulah apa yang aku rasakan pada diriku... Dulu, aku nekad tidak akan suka menonton cerita korea.. Namun, nekad itu semakin rapuh... Walaupun begitu, aku tidak kesal, kerana nekad itu masih ada.. Cuma kurng kukuh.. Mungkin aku perlu menukar nekadku itu..

Mengapa boleh terjadi begini?? Ceritanya tak terlalu panjang, namun, ku panjangkan... Suatu masa dahulu, aku memang meminati cerita korea.. Seperti biasa, cerita yang aku minati biasanya tidak siapa minat sangat.. Antaranya The Successful Story Of A Bright Girl, My Love Patzzi dan 19 Years Old Sister In-Law.. Kegilaan kepada korea mula meledak pada saat Winter Sonata dtayangkan.. Aku ini pelik sedikit.. Aku langsung tidak meminati cerita tersebut.. Sejak itu, bermulalah pelbagai siri korea yang ditayangkan... Semua orang tergila-gilakan cerita-cerita tersebut... Oleh kerana aku pelik, aku membelakangi orang lain.. Aku tidak suka cerita korea yang ada pada masa itu...

Dari tingkatan satu sehinggalah aku habis asasi, kegilaan korea masih tidak pudar... Namun, sudah ada kelainan berbanding dahulu.. Cerita korea ditengok atas nama pelakon, bukan kerana jalan ceritanya.. Tambahan pula, penyanyi korea telah meresapi pemikiran peminat korea... Bagi aku, semua cerita korea mempunyai plot yang hampir sama, cuma diolah sedikit... Walaupun aku tidak suka cerita korea, aku tetap menonton cerita korea yang jarang ditonton orang lain... Namun, plot yang aku tonton, adalah plot aksi, tidak seperti yang lain yang memilih plot romantik...

Ketika di pre-medik, aku diperkenalkan dengan Running Man.. Sebuah variety show di korea... " Menarik juga segmen ini." kata hatiku.. Di saat itu jugalah, pelakon korea yang aku minat, Jang Na Ra baru pulang dari belajar di China dan melakonkan drama baru.. Aku tersangkut pada cerita korea kembali.. Nekadku masih kukuh, "biarlah hanya ini yang aku tonton." Hidup tak selalu seperti yang kita impikan... Setelah menonton cerita pendek (movie) korea, aku tersangkut.. Kini, aku banyak memuat turun cerita pendek dari korea... Berbanding dengan cerita pendek Jepun, Korea menampilkan unsur-unsur (plot) yang berbeza.. Jadi aku sudah mula menyukai korea (hanya cerita pendek sahaja ya ) , dan aku tetap akan setia dengan drama-drama dari jepun yang mempunyai pelbagai variasi...

No comments:

Post a Comment