Monday, July 25, 2011

Tawaran Ke Universiti...

Tanggal 15 Julai 2011, semua pelajar lepasan matrikulasi, asasi dan STPM sibuk membuka laman web UPU untuk melihat keputusan tawaran ke universiti.. Aku juga tidak terkecuali.. Alhamdulillah, aku telah mendapat tawaran ke tempat yang aku inginkan... Namun, aku perlu berfikir lebih mengenai wang ringgit... Aku bukanlah lahir dari keluarga yang kaya... Keluarga aku sederhana sahaja.. Adik-beradik aku 5 orang. Aku anak yang sulung.. Aku perlu berjimat di sana nanti.. aku perlu pandai mengurus kewangan kerana jika lebih, aku akan menyusahkan ibu bapa aku.. Aku tidak mahu menyusahkan mereka.. Aku tidak mahu membuat pinjaman kerana tak mahu menyusahkan diri sendiri kelak.. Jadi, apa aku perlu lakukan?? Aku perlu medapatkan biasiswa... itu sahaja jalannya.. Tetapi, layakkah aku??

No comments:

Post a Comment