Apabila nikmat sudah hilang, barulah kita sedari akan kehadiran nikmat tersebut. Jika tidak, kita hanya alpa dan lupa tentang nikmat-nikmat yang sudah diberikan oleh Allah kepada kita. Sepanjang hidup kita telah dipenuhi dengan nikmat yang tidak terhitung banyaknya. Selagi nyawa dikandung badan, selagi itu kita dipenuhi nikmat walaupun kita tidak mampu bergerak. Kerana itulah, kita harus sentiasa menunaikan suruhan Allah sebagai tanda terima kasih atas nikmat yang telah diberikan.
No comments:
Post a Comment