Wednesday, March 30, 2011
Takut akan Masa Depan...
Lumrah hidup manusia zaman teknologi ini, kita takut dengan masa depan. Kita takut dengan perkara yang belum berlaku. Kita sentiasa mengejar masa depan yang bagus di dunia. Saya juga tak terkecuali. Takut nak menghadapi ujian speaking MUET minggu hadapan. Kenapa la perlu ada MUET. Bahasa Melayu sudah cukup indah. Bahasa ibunda sendiri ditinggalkan. Kenapa? Demi mengejar dunia. Belajar itu tidak salah, namun kenapa perlu diagungkan. Kenapa dibiarkan bahasa ibunda ketinggalan? Masa depan adalah suatu yang tidak dijangka. Ada kala menggembirakan, ada yang meremukkan jiwa. Kita takut untuk menghadapi yang buruk di masa hadapan. Namun kita lupe tentang masa hadapan yang lebih penting iaitu AKHIRAT. Kesimpulannya, kita buatlah sesuatu hari ini dengan sepenuh hati dan sediakan juga bekalan di akhirat dengan sepenuh hati. Jika kita sudah melakukan dengan sepenuh hati, jangan difikirkan masa depan. InsyaAllah masa depan kita setimpal dengan apa yang kita usahakan. Apa yang kita tanam, itulah yang kita tuai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment