Friday, March 25, 2011
Kita Tidak Pernah Puas..
Lumrah hidup manusia, kita tidak pernah merasa puas. Walau kita sudah mempunyai pangkat, sudah mempunyai harta yang melimpah. Namun, itu tidak menjadikan kita puas. Malah, ia bagaikan dadah kepada kita untuk mendapat lebih dari yang mencukupi untuk kita. Kita menjadi lebih tamak dan tidak menghiraukan orang lain. Yang ada dalam fikiran kita hanyalah kepentingan diri kita sahaja. Kenapa perlu begini? Dunia memang indah dimata kita. Dunia telah menggelapkan mata zahir kita dari melihat keindahan akhirat. Mata hati kita dibutakan dengan kemewahan dan kesenangan di dunia. Kita lupa bahawa hidup di dunia hanya sementara. Tiada apa yang kekal di dunia. Carilah akhirat, kerana dunia ini sudah tua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment