Sunday, March 20, 2011

Janji

Hari ini saya mengalami pengalaman buruk. Saya menangis tanpa henti selama sejam lebih. Kenapa? Mudah saja. Kerana ada yang berjanji tapi tidak menepati. Salah satu tanda-tanda orang munafik ialah bila dia berjanji, dia mungkiri. Tapi yang berjanji ini bukan orang, tetapi sistem. Jadi orang yang menjalankan sistem tersebutlah yang bersalah. Zaman sekarang, setiap orang mengejar masa. Masa itu emas. Bukan! Masa itu lebih berharga dari emas. Bila masa sudah pergi, ia tak akan kembali lagi. Namun, kenapa yang memungkiri janji itu langsung tidak menghargai masa? Kenapa perlu lewat dua jam lebih dari masa yang sudah dijanjikan? Jika janji Melayu sekalipun, rasanya hanya lewat maximum 30 minit. Lagipun, zaman millenium ini, siapa lagi yang masih menggunakan janji melayu? Tiada! Jadi, janji apakah itu? Sistem yang teruk mendidik anak bangsa supaya menjadi teruk juga. Bukankah kita mahu anak muda, belia remaja mempunyai modal insan yang tinggi? Jika sistem sekarang sudah tidak menepati janji (lewat), apa yang akan jadi pada sistem akan datang? Mungkin lebih teruk. Jadi, peringatan kepada anda dan diri saya sendiri, janganlah kita memungkiri janji (lewat) kerana perancangan insan yang dijanjikan mungkin akan terkendala dan hancur. Jika kita tidak mampu, janganlah berjanji. Katakan bolrh jika boleh, katakan tidak boleh jika tidak boleh.

No comments:

Post a Comment