Sunday, October 30, 2011

Luahan hati

Sedih rasanya hati ini mengenangkan diri ini yang suka berdendam, buruk sangka... Rasa diri tak tenang, mungkin sebab amalan sunat yang biasa dibuat sudah lama ditinggalkan... Al-Quran sudah lama tidak dibuka dek kesibukan dunia.. Apa nak jadi dengan aku ini?? Kembalilah kepada Illahi...

Kenapa aku selalu nak marah roomate aku yer?? Aku tak nak marah dia.. tapi, bila aku cakap je dengan dia, aku sure jadi marah.. Mungkin sebab dia tu berlawanan dengan aku.. Aku hormat dan bangga dengan dia.. dah la dia lagi tua dari aku.. Tapi..... kenapa dia suka buat benda yang aku nak marah... Serius, aku rindu dekat kawan-kawan lama... Aku sedang mencari insan yang dapat aku berkongsi suka duka di sini.. Insan yang dapat membantu aku.. Yang boleh aku harapkan.. Insan yang bernama sahabat.. Namun, aku tak temuinya lagi.. Bagaikan disini bukan tempat aku.. Aku sentiasa rasa mahu berputus asa... Aku tak mahu perasaan begini..

Allah lah tempat aku mengadu.. Aku perlu mengadu kepada Allah.. Bukan kepada manusia yang juga hamba Allah.. Namun Ya Allah, aku pohon, hantarkanlah seorang untuk jadi perantara aku dengan-Mu supaya aku lebih sentiasa mengingati-Mu.. Aku lemah untuk berdiri sendiri Ya Allah.. Aku tidak mampu.. Aku hanya kelihatan kuat diluar, namun terlalu rapu di dalam.. Bantulah hamba-Mu ini.. Hamba-Mu yang jarang bersyukur dan sangat hina ini.. Berilah aku kekuatan untuk bangkit semula...

No comments:

Post a Comment