Monday, September 26, 2011

Sesudah Sekian Lama...

Sesudah sekian lama, baru aku dapat buka internet menggunakan komputerku sendiri.. Alangkah bahagianya... Selama ini aku hanya meminjam dari kawan sebilikku Ayu.. Hari ini, aku mencuba untuk menggunakan komputerku sendiri, dan hasilnya positif.. Aku dapat mengakses internet.. Aku mahu bercerita mengenai kehidupanku di sini. Di UiTM Shah Alam, sebagai "rumah" baruku... Aku jauh ketinggalan berbanding kawan-kawanku yang lain kerana aku masuk ke sini dalam keadaan yang kurang bersedia.. Aku masih lagi main-main.. Tapi, tidak untuk orang-orang di sini.. Semuanya serius... Aku rasa aku ini tidak layak untuk berada di sini.. Aku bagaikan tidak mampu untuk membawa kos ini.. Tapi, pantang mengalah sebelum mencuba.. Aku tetap tidak akan berputus asa.. Aku akan membuktikan bahawa aku boleh, aku mampu dan aku akan menjadi antara yang terbaik di sini.. Itulah harapan aku... Opss.... Bukan sahaja terbaik di sini, aku berdoa aku menjadi doktor yang terbaik yntuk pesakit-pesakitku dan dortor yang berjaya dunia akhirat... Yang penting akhirat.. Kerana pekerjaan ini bukanlah untuk mendapatkan populariti, tetapi untuk berjasa kepada masyarakat dan mendapat ganjaran pahala...

Minggu lepas, aku ada menghadiri satu temu duga untuk SMF (Sektariat Mahasiswa Fakulti).. Itulah kot maksudnya... Temu duga aku memang hancur!!.. Aku masih tiada pengalaman untuk menghadiri temu duga. Temu duga yang pertama dulu ketika tingkatan lima, untuk perlantikan jawatankuasa pengawas.. Masa itu, temu duga ramai-ramai.. jadi tak terasa sangatlah.. Ini adalah pengalaman temu duga yang kedua aku.. Kena speak in English.. But my English is very very very bad... Its hard for me to speak in english that time.. and the worst ever, i'm forgot all the important name in our faculty and country.. That make me losing my confident... Tapi, barang yang lepas jangan dikenang... Aku tak tahu bila keputusan akan keluar, tapi aku berharap nama aku tak tersenarai sebab aku rasa aku tak layak... Temu duga tu just for my experience je.. (eja pon tak betul)..

Lepas ini, aku ada sesi mentor mentee dengan Dr. Renu.. Seriously, aku tak tahu apa yang patut aku bincangkan dengan Dr. Renu.. Since, dia bukanlah seorang Muslim, jadi aku tak dapat berbincang perkara yang ada kaitan dengan agama.. So, aku mungkin akan cakap mengenai masalah BI aku yang teruk ini... Tapi, macam tak patut je... Ada tak topik-topik lain yang patut aku discuss dengan Dr. Renu??? Arggh.. What the other things?? How about, talking about how to adapt in this faculty.. Since I also have difficulty on that part.. I think our meeting with Dr. Renu will be very short since I don't know what I can discuss with her... Ya Allah, bantulah hambamu ini mencari idea ....okay.. I got 30 minutes more, I want to sleep.. or my brain cannot function 150%.. hehe....

No comments:

Post a Comment